Sunday, December 5, 2010

Pengawa Nikah Anak Pele@Nyaring Di Four Points Kuching Kena 3 Dec 2010

Kuching
Ari Minggu, 5th Dec 2010


Selamat Ari Melah Pinang ngagai Craig and Catherine. Arap ke oleh Idup Meruan sampai ke icit-wit...Ari GAEM

Nyadi kena  malam hari Lima, 3 Dec 2010 tu tadi sekali agi bisi di kangau ke bala ngagai pengawa melah pinang. Nyadi pengawa melah pinang tu tadi nya antara Catherine Pele Sat@ Nyaring ak Sat enggau laki iya ianya Craig Eger.
Nyadi baka Catherine tu bekerja ba Law Firm di Australia lalu Craig tu businessman ari Asustralia.
Nitih ke baka ti dipadah ke menyadi kami Nyaring, tu pengawa melah pinang seduai ti kedua, lalu keterubah udah di gaga ba Australia.
Umbas iya pengerami ga malam nya lalu bisi mega mantai ke sada nyawa ngena lagu Runggu Ensing. Lalu baka ke malam nya selain kami duai melaki bini ti bisi datai, maioh mega bala GAEM bukai ti bisi dipeda . baka bini Santok enggau anak dara iya, Engkerebau enggau bini iya, Soil enggau bini, Berandah enggau bini, Jimbai enggau bini, bini Saban enggau anak dara iya serta baka bala GAEM ke enda oleh disebut ditu.
Lalu ngagai bala ti nadai datai malamnya, di baroh tu bisi gambar maia pengeraminya.
























Enti deka tau ninggal ke komen...
KA NEMU MAIOH AGI BACA SELEBIH IYA »

Monday, November 29, 2010

E-Mail Address GAEM

Kuching
Ari Satu, 29th Nov 2010

Ngagai sapa-sapa ti deka bisi utai deka dipadah tauka ditanya ngagai GAEM tau e-mail ngena address tu :-

anakempaling@gmail.com

Terima Kasih
KA NEMU MAIOH AGI BACA SELEBIH IYA »

Sunday, November 28, 2010

Pengawa Melah Pinang Thomas Di Kpg Resak Serian Maia 27 Nov 2010

Kuching
Ari Minggu, 28 Nov 2010

Selamat Pengantin Baru Ngagai Nuan Thomas...
Awak ke rumah tangga nuan bahagia sampai ke Icit-Wit

Nyadi baka malam ari enam tu tadi ianya kena 27 November 2010, dia bala bisi ngerami melah pinang siko ari bala Bersekutu GAEM ianya Thomas, anak siko ari ahli GAEM ianya Dat.
Lalu pengawa melah pinang tunya di penyadi di Kpg Resak Serian, ianya lebih kurang 1 jam ngena kereta ari Kuching.
Lalu pengawa malam nya umbas ia pengerami ga taja di gaga secara ngerampas baka ti dipadah ke ahli kitai ianya Dat. Taja baka ti ngerampas, maioh mega bala GAEM serta bala ari Empaling ti bisi datai.
Lalu baka Ahli GAEM ti bisi datai mainya nya selain ari aku empu ianya baka sida Lucy, Nadi, Kilat Andong, Demas, Saban, Penyawan, Serani serta maioh agi ti enda oleh aku ripih ditu.
Arap ke pengawa ti bakatu selalu oleh disokong oleh ahli GAEM awak ke bisi meri sokong ngagai ahli GAEM ti terlibat.
Lalu ngagai bala GAEM ti enda oleh datai malam nya tau meda gambar pengawa melah pinang baka ke malamnya.

Bala Pengabang Ti Bisi Datai


Sekeda bala pengabang ti bisi datai....
Udah mula Ngansar ke kaki....
Bala Pengabang..Ninga Pengawa dalam bilik aja tang enda Meda....


Kerigi ari Empaling benong matah ke lengan....
Siko ari wakil GAEM benong beatur enggau bala maioh deka matah ke lengan...
Bala Pengabang ari Kuching benong berandau ke pasal Nikah Jed Maling maia 1 January 2011....

  
Pengawa Melah Pinang Ti Digaga Dalam Bilik


Nyua Ke Tincin Tunang


Tu iya Gambar Penuh dua bilik ..Pengantin Laki Enggau Indu.



Merekat ke tincin Tunang


Orang Laki Ngerasuk ke Tincin....


Dientudi Ke Indu...



Netak Kek


 Nyendia ke kek...


Netak Kek....


Bini Nyapi Laki...

Lakipan Nyapi  Bini...


Malu-malu nyuap Entua indu..Peda ngagai mulut embih ke salah lubang..


Nyuap entua laki...



Meri Tua Kampong Kek....Ketua Kampong Resak


Meri ketua Kampong Kek...Tuai Rumah Noing, Empaling

Ngagai bala ti bisi datai ngagai blog GAEM lalau rindu ke posting ditu tau meri komen...

Enggau aku ngujung ke posting ke sekali tu, sekali agi, meri Selamat Penganting ngagai Thomas enggau bini iya...  


KA NEMU MAIOH AGI BACA SELEBIH IYA »

Sunday, October 17, 2010

Borang Masuk GAEM

Kuching
Sunday, 17th October 2010

Selamat datai ngagai bala GAEM ti bisi nyengok ngagai ruai kitai tu. Lalu baka Form Membership GAEM tau diisi, lalu anjong ngagai Setiausha.

Lalu Panduan ngisi Form nya baka tu:

1) Bahagian I. Isi semua butir-butir Ahli Biasa enggau Ahli Bersekutu.
2) Bahagian II. Yuran. Yuran ti mesti dibayar sekali enggau borang nya Yuran Keahlian. Yuran Tahunan enggau Yuran Rabat tau di bayar berasingan
3) Bahagian III. Udah siap diisi. Anang iboh ngisi iya.

Arap ke bala GAEM oleh ngisi form enggau jampat.

BORANG PERMOHONAN MENJADI  AHLI GAEM
KA NEMU MAIOH AGI BACA SELEBIH IYA »

Sunday, October 10, 2010

Reti Lambang Gerempong Anak Empaling (GAEM)

Kuching
Sunday, 9th October 2010

Nyadi baka reti Logo  GAEM baka ti di baroh 
nya bakatu :-

Maksud-Maksud Lambang Persatuan

1. Bunga Padi Berwarna Kuning Meliliti Bulatan bermaksud Padi merupakan makanan utama penduduk Empaling serta ahli GAEM.
2. Perkataan GAEM bermaksud Gerempong Anak Empaling
3. Perkataan Gerempong Anak Empaling bermaksud bahawa Logo ini adalah milik Gerempong Anak Empaling
4. Gambar bukit di belakang perkataan Gerempong Anak Empaling adalah Bukit Tunggal yang merupakan lambang utama bagi rumah panjang Empaling iaitu asal-usul semua ahli GAEM.
5. Tiga lembaga berwarna hijau, biru dan merah yang disambungkan dengan bulatan melambangkan semangat kerjasama serta tolong-menolong  di antara ahli GAEM.
6. Maksud warna-warna di dalam bulatan adalah seperti berikut :

(a) Latar belakang warna oren melambangkan kreativiti dan jujur
(b) Lembaga berwarna hijau melambangkan hormat-menghormati
(c) Lembaga berwarna biru melambangkan perhubungan yang baik
(d) Lembaga berwarna merah melambangkan semangat perjuangan yang tinggi juga menandakan kemakmuran.
KA NEMU MAIOH AGI BACA SELEBIH IYA »

Undang-Undang GAEM

Kuching
Sunday, 10th October 2010


Ngagai semua Ahli GAEM, tu baka undang-undang ti udah dikerandau serta disetuju bala ke bisi datai ba Aum Keterubah GAEM ti di gaga di Rumah Sgt (Bersara) Saban maia 30 Julai 2010.

FASAL 1.        NAMA
1.1       Persatuan ini dikenali dengan nama Gerempong Anak Empaling atau ringkasnya dikenali sebagai  GAEM di dalam Perlembagaan ini.
FASAL 2.        ALAMAT DAN TEMPAT URUSAN
2.1       Alamat Berdaftar
            Alamat berdaftar (adalah termasuk alamat tempat urusan, surat menyurat dan operasi persatuan) GAEM  ialah di 15D 2nd Floor , Hock Kui Commercial Centre, Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, 93150 Kuching, Sarawak
2.2       Alamat berdaftar ini tidak boleh diubah tanpa kelulusan Ahli Jawatankuasa Persatuan dan hanya boleh dikuatkuasakan setelah mendapat kebenaran bertulis daripada Pendaftar Pertubuhan.
FASAL 3.         DEFINISI
3.1       PERSATUAN  bermakna  Gerempong Anak Empaling  atau ringkasnya GAEM
3.2       MESYUARAT AGUNG TAHUNAN bermakna mesyuarat yang wajib diadakan oleh persatuan ini pada tiap-tiap tahun seperti yang disebutkan dalam Fasal 10 perlembagaan ini.
3.3       MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA bermakna mesyuarat yang dicadangkan oleh Jawatankuasa atau tidak kurang daripada 1/5 daripada jumlah Ahli Biasa seperti yang dinyatakan di dalam perkata 10.5.
3.4       JAWATANKUASA bermakna Jawatankuasa yang sah dibentuk atau dilantik di bawah  Perlembagaan ini mengikut Fasal 11.
3.5       PEJABAT bermakna alamat berdaftar persatuan seperti yang ditetapkan dalam Fasal 2  Perlembagaan ini.
3.6       AHLI PERSATUAN bermakna ahli yang disebutkan dalam Fasal 6 Perlembagaan ini.
3.7       PENDAFTAR bermakna  Pendaftar Persatuan serta termasuk Timbalan Pendaftar Persatuanyang dilantik di bawah Seksyen 3 Akta Persatuan1966 (Akta 335)
3.7          “BERASAL” bermaksud diri sendiri, suami atau isteri, ibu atau bapa dan nenek atau datuk yang lahir di rumah panjang Empaling, Pantu. 95000 Sri Aman Sarawak.
 FASAL 4.      OBJEKTIF DAN FUNGSI
4.1          Objektif Persatuan adalah:
i.              Untuk menjalinkan semangat kerjasama serta bantu-membantu di antara ahli.
ii.             Berusaha untuk menaikkan taraf ekonomi ahli serta pelajaran anak-anak ahli
iii.            Memberi nasihat  serta membantu Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK)  rumah panjang Empaling  di dalam aspek pembangunan rumah panjang Empaling.
4.2          Fungsi Persatuan adalah:
i.              Bertindak sebagai badan yang mengurus dan mempromosikan aktiviti-aktiviti yang dapat meningkatkan kerjasama serta semangat tolong-menolong di antara ahli dengan mengadakan acara riadah serta kerja gotong-royong di antara ahli-ahli.
 ii.             Apabila dimohon oleh ahli, akan bertindak sebagai badan yang mengendali serta menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan kebajikan ahli-ahli mengikut had-had yang ditetapkan oleh persatuan serta kemampuan kewangan persatuan.
iii.            Semasa kematian ahli bekerjasama di dalam hal-hal memasak, adat nyenggai dan urusan pengembumian jenazah.
iv.           Mempromosi dan mewujudkan kesedaran ke atas kepentingan peraturan dan undang-undang persatuan dikalangan ahli yang terbabit.
v.            Melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang dapat menambahkan sumber kewangan persatuan samada setempat atau di rumah panjang Empaling.
vi.           Mengadakan aktiviti-aktiviti yang dapat merapatkan hubungan di antara ahli persatuan dengan penduduk rumah panjang Empaling, seperti mengadakan majlis-majlis sambutan Hari Gawai atau Krismas  di rumah panjang Empaling.
vii.          Membantu memberi nasihat kepada  JKKK rumah panjang Empaling dari segi kemajuan serta baik urus rumah panjang seperti membantu mereka didalam memohon projek yang dapat menaikkan taraf ekonomi mereka  daripada kerajaan serta lain-lain projek kerajaan.
viii.         Untuk mengekalkan hubungan baik dengan  wakil rakyat samada Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Ahli Parlimen yang mewakili rumah panjang Empaling.
ix.           Untuk memastikan bahawa setiap program dan aktiviti hendaklah  dilaksanakan berlandaskan Perlembagaan ini dan peraturan-peraturan di bawahnya.
x.            Untuk memastikan akaun teraudit sepenuhnya serta laporan tentang segala aktiviti, penggunaan dan perbelanjaan semua wangnya bagi tahun kewangan Persatuan yang sebelumnya, dikemukakan kepada pendaftar  berserta dengan apa-apa laporan lain yang dikehendaki oleh Pendaftar Pertubuhan/persatuan.
xi.           Untuk memastikan bahawa Perlembagaan dan kaedah-kaedah  Persatuan dipatuhi dan diikuti oleh semua ahli.
xii.          Menjalankan sebarang kegiatan amal atau sebarang jenis perniagaan untuk tujuan menambah kewangan Persatuan, asalkan tidak bercanggah dengan undang-undang negara.
xiii.         Semua wang keuntungan yang diperolehi oleh Persatuan daripada penyertaannya dalam mana-mana perniagaan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan objektif dan matlamat Persatuan ini. Sungguhpun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja Persatuan ini. Persatuan juga boleh menubuhkan Badan Perniagaan dan boleh memiliki harta benda dengan syarat keuntungan hendaklah dimasukkan ke dalam Tabung Kewangan Persatuan.
 xiv.         Untuk menjalankan aktiviti tanpa diskriminasi tentang jantina, ras, warna kulit, agama, kecenderungan politik atau apa-apa pandangan lain yang dipegang oleh anggota.
FASAL 5.         LOGO / LAMBANG
5.1       Logo/lambang GAEM


FASAL 6.        KEAHLIAN
6.1          Ahli Biasa. Seseorang itu akan layak menjadi ahli biasa sekiranya syarat-syarat berikut dipenuhi :-
i.              Warga negara Malaysia
ii.             Berasal dari rumah Panjang Empaling
iii.            Telah tidak lagi bermastautin di rumah panjang Empaling.
iv.           Layak untuk mengundi di dalam mesyuarat persatuan.
6.2          Ahli Bersekutu. Kelayakan menjadi ahli serta peraturan dan syarat untuk Ahli Bersekutu adalah seperti  berikut dipenuhi :-
i.              Warga negara Malaysia
ii.          Sendiri atau pasangan masih lagi tinggal bersama dengan ibu/bapa yang merupakan Ahli Biasa.
iii.         Telah didaftarkan sebagai Ahli Bersekutu.
iv.           Tidak layak untuk mengundi melainkan mendapat kebenaran untuk mewakili Ahli Biasa.
v.            Ahli Bersekutu yang telah gugur keahliannya tidak akan menjadi Ahli Biasa secara otomatik  melainkan permohonannya untuk menjadi Ahli Biasa telah diluluskan.
vi.           Gugur kelayakan menikmati kemudahan sebagai ahli GAEM selaras dengan kelayakan Ahli Biasa di mana ia bernaung. 
FASAL 7.        BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN
7.1          Yuran hanya dikenakan kepada Ahli Biasa sahaja. Ahli Bersekutu tidak dikenakan ketiga-tiga jenis yuran.
7.2          Yuran berikut hendaklah dijelaskan oleh Ahli Biasa :
i.              Bayaran Masuk Keahlian RM 50 (Ringgit Malaysia lima puluh sahaja)
ii.             Yuran Tahunan RM 20 (Ringgit Malaysia Dua puluh sahaja)
iii.            Yuran Rabat RM 20 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Sahaja)
7.3          Yuran-yuran yang dinyatakan di perenggan 7.2 hendaklah dijelaskan seperti berikut :-
i.              Bayaran Masuk Keahlian hendaklah dijelaskan bersama-sama dengan borang Permohonan menjadi Ahli. Borang permohonan tanpa disertakan bayaran tidak akan diproses.
ii.             Yuran Tahunan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari tidak lewat daripada 1 Februari pada tahun berkenaan. Ahli yang lewat membayar yurannya lebih daripada dua bulan daripada 1 Februari tahun berkenaan, akan menerima surat peringatan yang ditandatangan oleh Setiausaha atau wakilnya, dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya dijelaskan. Ahli yang tidak membayar yuran tahunannya sehingga tamat tahun berkenaan dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Persatuan dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.
iii.            Bagi pembayaran pertama Yuran Rabat ianya hendaklah dijelaskan tidak lewat daripada 7 (tujuh) hari daripada hari keahliannya diluluskan. Pembayaran Yuran Rabat yang seterusnya hendaklah dijelaskan tidak lewat daripada 2 (dua) minggu setelah ianya digunakan. Mana-mana Ahli Biasa yang gagal menjelaskan yurannya dalam tempoh yang ditetapkan tidak akan menikmati kemudahan Yuran Rabat.
7.4       Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.
7.5      Selain daripada tiga (3) yuran yang dinyatakan di Fasal 7.2, persatuan dengan persetujuan Mesyuarat Agung atau Mesyuarat Luar Biasa juga boleh membuat kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu. Pearturan-peraturan tentang kutipan ini bolehlah dibincangkan di dalam Mesyuarat Agung atau Mesyuarat Luar Biasa tersebut.
FASAL 8.         PERMOHONAN MENJADI AHLI
8.1       Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadang dan disokong oleh 2 orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.
8.2   Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti tersebut di atas, hendaklah membayar bayaran masuk mengikut jumlah yang telah dipersetujui.
8.3   Seorang pelajar universiti atau kolej universiti tidak boleh diterima menjadi Ahli Biasa persatuan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan.
FASAL 9.    PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI
9.1       Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli persatuan hendaklah memberi kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya.
9.2       Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang persatuan atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik persatuan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagai mana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.
 FASAL 10.      MESYUARAT AGUNG
10.1    Pengelolaan persatuan ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli. Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali ganda jumlah ahli Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat.
10.2   Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetatapkan oleh Jawatankuasa; dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa meminda undang-undang Persatuan dan membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.
10.3  Mesyuarat Agung Tahunan bagi persatuan hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31 hb Mac pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Kerja-kerja mesyuarat agung tahunan ialah:
i.          menerima laporan Jawatankuasa berkenaan perjalanan Persatuan di dalam tahun lalu;
ii.     menerima laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun yang lalu;
iii.         memilih ahli-ahli Jawatankuasa dan pemeriksa kira-kira untuk tahun akan datang; dan
iv.           menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.
10.4           Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 14 (empat belas) hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan satu agenda mesyuarat termasuk salinan peringatan mesyuarat dan laporan serta penyata kira-kira Persatuan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan surat-surat ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan persatuan.
10.5           Mesyuarat Agung Luar Biasa bagi persatuan ini boleh diadakan:
i.         Bila difikirkan mustahak oleh jawatankuasa, atau
ii.       Atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang daripada satu perlima (1/5) daripada jumlah Ahli Biasa dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan itu hendaklah dihantar kepada Setiausaha persatuan.
10.6           Mesyuarat Agung Luar Biasa yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.
10.7           Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Luar Biasa hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat.
10.8           Fasal 10.1 dan 10.2 di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Luar Biasa tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Luar Biasa atas permintaan ahli-ahli itu maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.
10.9           Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan deraf peringatan tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Luar Biasa dengan seberapa segera yang boleh setelah selesainya mesyuarat itu.
FASAL 11.      JAWATANKUASA
11.1    Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan PegawaI-pegawai persatuan hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Tahunan Perwakilan:
i.              Seorang Yang Dipertua
ii.             Seorang Naib Yang Dipertua
iii.            Seorang Setiausaha
iv.           Seorang Penolong Setiausaha
v.            Seorang Bendahari
vi.           Seorang Timbalan Bendahari
vii.          Seorang Ahli Jawatankuasa Kebajikan
viii.         Seorang Ahli Jawatankuasa Pelajaran
ix.           Seorang Ahli Jawatankuasa Ekonomi
x.            Seorang Ahli Jawatankuasa Rekreasi
11.2    Pemegang-pemegang jawatan persatuan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif dalam persatuan ini hendaklah terdiri daripada Warganegara Malaysia.
 11.3     Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta disokong dan pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Semua pegawai boleh dilantik semula tiap-tiap tahun.
11.4   Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian persatuan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan persatuan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh mesyuarat agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan keputusan mensyuarat agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan mesyuarat agung. Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan.
11.5   Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam 3 bulan. Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli 7 hari terlebih dahulu. Yang Dipertua dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang ahli jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada bilangan ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.
 11.6   Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan mesyuarat tidak dapat diadakan, maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan daripada ahli-ahli jawatankuasa secara pengedaran Surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai telah diterima:
i.        Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam Surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa;
ii.          Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu; dan
iii.         Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan yang diperolehi melalui Surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada Mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan di dalam peringatan mesyuarat.
11.7     Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatannya.
11.8     Jika seorang ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.
11.9     Jawatankuasa boleh memberi perintah kepada Setiausaha dan pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan-urusan persatuan, dan melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkannya mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan persatuan.
11.10 Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa.
FASAL 12.    KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI
12.1     Yang Dipertua, dalam tempoh memegang jawatannya, hendaklah menjadi Pengerusi semua mesyuarat agung dan semua mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani peringatan mesyuarat bila telah diluluskan. Ia hendaklah menandatangani semua cek Persatuan bersama-sama dengan Setiausaha dan Bendahari.
12.2     Naib Yang Dipertua hendaklah memangku jawatan Yang Dipertua semasa ketiadaannya. 
12.3     Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran persatuan mengikut undang-undang dan hendaklah ia menjalankan perintah mesyuarat agung dan Jawatankuasa. Ia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan semua buku, surat dan kertas kecuali akaun dan buku-buku kewangan. Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah tiap-tiap ahli. Ia hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat. Ia hendaklah enandatangani semua cek Persatuan bersama-sama dengan Yang Dipertua dan Bendahari. Setiausaha hendaklah dalam masa 60 hari daripada tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan mengirimkan penyata tahunan Persatuan kepada Pendaftar Persatuan sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 14 (1) Akta Pertubuhan/persatuan, 1966.
12.4    Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan kerja-kerja dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha.
12.5     Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan persatuan. Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas ketepatannya. Ia hendaklah menandatangani semua cek Persatuan bersama-sama dengan Yang Dipertua dan Setiausaha. 
12.6    Penolong Bendahari hendaklah menolong Bendahari menjalankan kerja-kerja dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Bendahari.
12.7     Ahli Jawatankuasa Kebajikan adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kebajikan persatuan. Ia hendaklah merancang, mengemukakan kepada Jawatankuasa Persatuan dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan kebajikan ahli persatuan. Semasa berlakunya sebarang kesusahan serta kematian ahli, beliau akan menubuhkan ahli jawatankuasa kecil yang akan bertugas untuk satu-satu kesusahan atau kematian.
12.8     Ahli Jawatankuasa Pelajaran adalah bertanggungjawab berkenaan hal-hal berkaitan dengan pelajaran anak-anak ahli serta pelajaran anak-anak penduduk Rumah Panjang Empaling. Ia hendaklah merancang, mengemukakan kepada Jawatankuasa Persatuan dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pelajaran.
12.9     Ahli Jawatankuasa Ekonomi adalah bertanggungjawab berkenaan hal-hal berkaitan dengan ekonomi persatuan, ahli-ahli persatuan serta penduduk Rumah Panjang Empaling.Ia hendaklah merancang, mengemukakan kepada Jawatankuasa Persatuan dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan ekonomi yang dapat mempertingkatkan ekonomi persatuan, ahli-ahli serta penduduk Rumah Panjang Empaling. 
12.10  Ahli Jawatankuasa Reakreasi adalah bertanggungjawab berkenaan hal-hal berkaitan dengan aktiviti yang dapat mempereratkan hubungan sesama ahli persatuan serta ahli persatuan dengan penduduk Rumah Panjang Empaling. Beliau hendaklah merancang, mengemukakan kepada Jawatankuasa Persatuan dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan kegiatan reakreasi yang dapat mempereratkan hubungan sesama ahli persatuan serta hubungan di antara ahli persatuan dengan penduduk Rumah Panjang Empaling.
FASAL 13.        KEWANGAN
13.1  Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan dalam undang-undang ini, wang Persatuan ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan persatuan, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah memeriksa kira-kira. Walau bagaimanapun, wang itu tidaklah boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah.
13.2    Bendahari dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM500 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa. Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama persatuan. 
13.3    Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang daripada kira-kira Persatuan hendaklah ditandatangan bersama Yang Dipertua, Setiausaha dan Bendahari. Semasa ketiadaan Yang Dipertua, Setiausaha atau Bendahari maka bolehlah Jawatankuasa melantik sesiapa di antara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau kenyataan pengeluaran wang Pertubuhan/persatuan.
13.4   Perbelanjaan yang lebih daripada RM 2000 ( Ringgit Malaysia Dua Ribu Sahaja) tapi kurang daripada RM 5000 (Ringgit Malaysia Lima Ribu sahaja ) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa, dan perbelanjaan yang lebih daripada RM 5000 (Ringgit Malaysia Lima Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang daripada RM 2000 (Ringgit Malaysia Dua Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Yang Dipertua bersama Setiausaha dan Bendahari.
13.5  Penyata darihal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Pemeriksa Kira-Kira yang dilantik di bawah Fasal 16.2 undang-undang ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di alamat tempat urusan Pertubuhan/persatuan.
13.6    Tahun kewangan Persatuan ini bermula dari 1hb Januari dan berakhir pada 31hb Disember tiap-tiap tahun.  
FASAL 14.;    PEMERIKSA KIRA-KIRA
14.1   Dua orang yang bukannya anggota Ahli Jawatankuasa boleh dilantik di dalam Mesyuarat Tahunan sebagai Pemeriksa kira-kira. Mereka akan memegang jawatan selama satu tahun dan boleh dilantik semula.
14.2      Pemeriksa Kira-kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Persatuan bagi setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Yang Dipertua mengaudit kira-kira Persatuan bagi mana-mana masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa.
FASAL 15.      PEMEGANG AMANAH
15.1  Tiga orang Pemegang Amanah yang berumur lebih daripada 21 tahun hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung, dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh persatuan. Semua harta tetap kepunyaan Persatuanakan dimanahkan kepada mereka dengan menandatangani suatu Surat Amanah (Deed of Trust).
15.2  Pemegang Amanah tidak boleh menjual, menarik balik atau memindahkan hak milik harta kepunyaan Persatuan dengan tidak mendapat kelulusan dan kuasa yang diberikan oleh mesyuarat agung persatuan. 
15.3     Seseorang Pemegang Amanah itu boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh mesyuarat agung oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada di dalam negeri atau kerana lain sebab yang mengakibatkan ia tidak boleh menjalankan tugas-tugasnya atau pekerjaannya dengan memuaskan. Jika berlaku kematian, perletakan jawatan atau pemecatan seseorang Pemegang Amanah maka kekosongan itu boleh dipenuhkan oleh Pemegang Amanah yang baru yang dilantik di dalam mesyuarat agung.
FASAL 16.      TAFSIRAN UNDANG-UNDANG
16.1     Di antara berlansungnya mesyuarat agung, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada undang-undang ini dan Jawatankuasa,jika mustahak, boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam undang-undang.
16.2  Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam mesyuarat agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan mesyuarat agung.
FASAL 17.      PENASIHAT/PENAUNG
17.1   Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi Penasihat/Penaung bagi Persatuan ini dengan syarat orang-orang yang dilantik itu menyatakan persetujuannya secara bertulis. 
FASAL 18.      LARANGAN
18.1     Permainan yang disebutkan di bawah ini tidak boleh dimainkan di dalam rumah Pertubuhan/persatuan: Roulette, Lotto, Fan Tan, Poh, Peh Bin, Belangkai, Pai Kau, Tau Ngau, Tien Kow, Chap Ji Kee, Sam Cheong, Dua Puluh Satu, Tiga Puluh Satu, Sepuluh dan Setengah, semua permainan dadu, banker’s game dan semua permainan yang bergantung semata-mata kepada nasib;
18.2     Persatuan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja seperti definisi dalam Akta Kesatuan Sekerja 1959;
18.3   Persatuan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama Persatuan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan;
18.4  “Faedah” seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Persatuan1966, tidaklah boleh diberikan oleh Persatuan kepada mana-mana ahlinya.
FASAL 19.      PINDAAN UNDANG-UNDANG
19.1       Undang-undang ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan mesyuarat agung. Permohonan untuk perubahan atau pindaan kepada undang-undang hendaklah dibuat kepada Pendaftar Persatuan dalam masa 60 hari daripada tarikh keputusan mesyuarat agung meluluskan perubahan atau pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh perubahan atau pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan/persatuan.
FASAL 21.      PEMBUBARAN
21.1      Persatuan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang menghadiri dalam suatu mesyuarat agung yang dipanggil khas kerananya.
21.2      Sekiranya Persatuan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan Persatuan yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam mesyuarat agung berkenaan.
21.3      Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Persatuan dalam masa 14 hari dari tarikh  pembubaran itu. 
KA NEMU MAIOH AGI BACA SELEBIH IYA »

Tuesday, August 3, 2010

Pengada Gerempong Anak Empaling (GAEM)

Kuching
Ari Enam, 31 Julai 2010


Terima kasih ngagai petara. Lalunya aja leka jako ti oleh dipansut ke aku leboh ti oleh muka aum gerempong ti keterubah iya.
Nyadi ngelamatu, leboh maia ti betemu enggau bala kaban serta menyadi enggau petunggal ti sama asal iya datai ari menoa Empaling, dia deh bala tak endang beseruran bejako ke pasal gerempong awak ke tau betolong serta begempong enggau diri semenua.
Taun 1980 maia keterubah aku bisi ngenjun kaki ngagai pasar Kuching, semina rumah niang Munah seduai ipar Kiong serta Dat enggau ipar Girie  aja ti bisi endor bepalan, lalu baka bala sida Empina enggau father Chimbie maianya tak agi bujang lalu bedau berumah.
Tang diatu, ari pansik bala Protem-komiti KAEM, tak semak 60 pintu orang Empaling ti bisi diau di Kuching. Tang laban ti nadai begempung, dia deh bala tak enda ngelala pangan diri.
Nyadi gempuru ke terubah tu, ari ti lebih 50 iko udah ditesau, lalu disadong ke surat, tak semina kurang ari 25 iko  bala ti oleh datai. lalu baka sekeda ti enda oleh datai baka sida Lt Kol Jimbai, Pegawai Waren II Engkerebau enggau bala ke bukai endang madah ke diri nyukong gerempong tu. Lalu di antara pejurai randau (Ajenda Mesyuarat) maia malam tu nya bakatu :-

Tusun Randau 1. Jako Ngulu ke Penatai bala maioh oleh Pengerusi Mesyuarat. Pengerusi mesyuarat kali tu Kapten Bersara Ayong madah ke pengaga diri meda penatai bala baka ke malamnya. Iya madah ke tuju gempuru endang besai amai reti, laban ari ke bejako aja deka ngaga gerempong dia deh malam tu iya madah, endang nyadi ari ti pemadu maioh reti, laban bala taja enda semua, tang maioh ti bisi datai. Nyadi iya ngarap ke Gerempong tu deka mujur lalu oleh ngerempong serta nulong bala ti bisi masuk. Iya mega madah ke pengaga ati diri ngagai Sarjan Bersara Saban laban ti udah setuju nyadi hos gempuru ke sekali tu.


Tusun Randau 2. Bersetuju tentang penubuhan Pertubuhan/persatuan/Persatuan. Nyadi semua ke datai ba aum ke sekali tu besetuju enggau pengawa ngaga gerempong.

Tusun Randau 3. Meluluskan nama pertubuhan/persatuan. Nyadi udah ti bempas-pulas berunding, nyau pengujung dia deh bala besetuju ke nama gerempong " GEREMPONG ANAK EMPALING"

Tusun Randau 4.Meluluskan tempat urusan (alamat) yang akan didaftarkan. Jed Maling setuju GAEM ngena alamat pejabat iya nyadi ke address. lalu semua ti datai setuju magang.

Tusun Randau 5. Melantik Ahli-ahli Jawatankuasa Penaja untuk mengendalikan Pendaftaran pertubuhan/persatuan. Semua ti datai setuju enggau nama ti udah dipajuke megai batang pengawa tu :-

(a) Yang DiPertua

(b) Naib Yang DiPertua

(c) Setiausaha

(d) Penolong Setiausaha

(e) Bendahari

(f) Empat (4) Ahli Jawatankuasa Biasa ( Kebajikan, Pelajaran, Ekonomi & Rekreasi)

Tusun 6. Meluluskan perlembagaan dan aturan-aturan pertubuhan/persatuan yang akan didaftarkan. Semua ti datai malam nya udah ti brainstorming lalu besetuju enggau Perlembagaan Persatuan/Gerempong. Lalu 2 perkara ti udah di setuju lalu ka dipansut ke aku ba posting malam tunya, pasal Objebtif enggau Fungsi Persatuan. Undang-undang bukai deka dipansut ke aku ba posting ti deka datai.

(a) Fasal 4.1 Objektif Persatuan adalah:

i. Untuk menjalinkan semangat kerjasama serta bantu-membantu di antara ahli.

ii. Berusaha untuk menaikkan taraf ekonomi ahli serta pelajaran anak-anak ahli

iii. Untuk memberi nasihat serta membantu Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) rumah panjang Empaling di dalam membangunkan rumah panjang Empaling.

(b) Fasal 4.2 Fungsi Persatuan adalah:

i. Bertindak sebagai badan yang mengurus dan mempromosikan aktiviti-aktiviti yang dapat meningkatkan kerjasama serta semangat tolong-menolong di antara ahli dengan mengadakan acara riadah serta kerja gotong-royong di antara ahli-ahli.

ii. Apabila dimohon oleh ahli, akan bertindak sebagai badan yang mengendali serta menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan kebajikan ahli-ahli mengikut had-had yang ditetapkan oleh persatuan serta kemampuan kewangan persatuan.

iii. Bekerjasama mengurussemasa kematian ahli atau ahli keluarga seperti memasak, adat “nyenggai” atau pengkebumian dan penguburan jenazah.

iv. Mempromosi dan mewujudkan kesedaran ke atas kepentingan peraturan dan undang-undang persatuan dikalangan ahli yang terbabit.

v. Melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang dapat menambahkan sumber kewangan persatuan samada setempat atau di rumah panjang Empaling.

vi. Mengadakan aktiviti-aktiviti yang dapat merapatkan hubungan di antara ahli persatuan dengan penduduk rumah panjang Empaling, seperti mengadakan majlis-majlis sambutan Hari Gawai atau Krismas di rumah panjang Empaling.

vii. Membantu memberi nasihat kepada JKKK rumah panjang Empaling dari segi kemajuan serta baik urus rumah panjang seperti membantu mereka didalam memohon projek yang dapat menaikkan taraf ekonomi mereka daripada kerajaan serta lain-lain projek kerajaan.

viii. Untuk mengekalkan hubungan baik dengan wakil rakyat N25-Balai Ringin serta P202-Sri Aman tanpa mengira parti.

ix. Untuk memastikan bahawa setiap program dan aktiviti hendaklah berlandaskan Perlembagaan ini dan peraturan-peraturan dibawahnya.

x. Untuk memastikan akaun teraudit sepenuhnya serta laporan tentang segala aktiviti, penggunaan dan perbelanjaan semua wangnya bagi tahun kewangan Persatuan yang sebelumnya, dikemukakan kepada pendaftar berserta dengan apa-apa laporan lain yang dikehendaki oleh Pendaftar Pertubuhan/persatuan.

xi. Untuk memastikan bahawa Perlembagaan dan kaedah-kaedah Persatuan dipatuhi dan diikuti oleh semua ahli.

xii. Menjalankan sebarang kegiatan amal atau sebarang jenis perniagaan untuk tujuan menambah kewangan Persatuan, asalkan tidak bercanggah dengan undang-undang negara.

xiii. Semua wang keuntungan yang diperolehi oleh Persatuan daripada penyertaannya dalam mana-mana perniagaan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan objektif dan matlamat Persatuan ini. Sungguhpun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja Persatuan ini. Persatuan juga boleh menubuhkan Badan Perniagaan dan boleh memiliki harta benda dengan syarat keuntungan hendaklah dimasukkan ke dalam Tabung Kewangan Persatuan.

xiv. Untuk menjalankan aktiviti tanpa diskriminasi tentang jantina, ras, warna kulit, agama, kecenderungan politik atau apa-apa pandangan lain yang dipegang oleh anggota.

Tusun 7. Lain-Lain Hal

(a) Aum ti deka datai deka digaga di rumah YDP Protem Komiti di Greenwood Park. Lalu aumnya deka digaga dalam urung bulan November 2010.

Mesyuarat tembu lebih kurang jam 10.00 Malam. Udah abis aum, bala lalu berengkah makai cara "Pot Luck".

Tu baka gambar ti bisi diambi maia mesyuarat malam nya.






















KA NEMU MAIOH AGI BACA SELEBIH IYA »